Harimau Malaya terpaksa lupakan khidmat Nazmi Faiz

0
36
Nazmi Faiz

CYBERJAYA – Skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat Nazmi Faiz Mansor selepas pemain perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengalami kecederaan di bahagian pangkal paha.

Menurut ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, Nazmi mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan menjelang aksi persahabatan di Singapura pada minggu hadapan.

“Pemain JDT itu tidak akan digantikan sebaliknya akan menggunakan baki 29 pemain sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan Malaysia dijadualkan akan menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac ini.

Sebanyak 30 pemain dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan yang pertama kali dikendalikan oleh jurulatih dari Korea Selatan itu.

Bagaimanapun dua pemain iaitu Darren Lok dan Syahmi Safari terpaksa digantikan selepas masing-masing dijangkiti Covid-19 dan memohon pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here