Hasni cadang pemimpin muda dilantik sebagai MB Johor yang baharu

0
61
Datuk Seri Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mencadangkan supaya pemimpin muda dipilih oleh parti bagi menerajui kerajaan negeri Johor yang baharu.

Hasni yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, ia berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

“Melihat kepada sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu petang tadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadap baginda.

Difahamkan ia susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin bagi membolehkan Menteri Besar Johor yang ke-19 dilantik sekali gus mengangkat sumpah.

Bagaimanapun jangkaan ramai pihak Hasni akan dipilih semula meleset selepas
timbul nama lain bagi jawatan Menteri Besar.

Nama lain yang disebut-sebut dilantik sebagai Menteri Besar adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas EXCO Belia dan Sukan Johor yang juga pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga pemenang DUN Rengit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here