
IPOH – Walaupun masih berasa sedih selepas motosikal kesayangan dicuri, pemain Putrajaya Cyborg, Muslim Ramli tetap bersemangat untuk menampilkan aksi terbaik dalam dua perlawanan terakhir liga STL yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak bermula hari ini.
Muslim berkata, pasukan Putrajaya Cyborg optimis untuk memenangi kedua-dua perlawanan terakhir liga pada kali ini, sekali gus boleh melayakkan Putrajaya Cyborg ke peringkat Champion Cup yang akan berlangsung minggu hadapan.

“Untuk perlawanan pertama hari ini Putrajaya Cyborg akan bertemu menentang Juara Liga iaitu ATM Guardian dan yang terakhir bertemu pasukan tuan rumah, Perak Bison.
“Ini merupakan peluang terakhir untuk kami melayakkan diri untuk ke Champion Cup dan mengakhiri liga STL di tangga empat teratas liga,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.
Muslim berkata, selepas berakhirnya pusingan ketujuh di Pulau Pinang minggu lalu, pasukannya berada di tangga kelima di belakang Penang Black Panthers.
Katanya, berbekalkan semangat juang yang tinggi, pasukannya berjanji untuk memberikan persembahan yang menghiburkan.