Imigresen sedia untuk pembukaan semula sempadan negara

0
35
Imigresen.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam keadaan bersedia sepenuhnya susulan pengumuman mengenai pembukaan semula pintu masuk negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya juga akan memanggil semua pegawai yang bertugas
di pintu masuk untuk kembali ke tugas asal mereka.

Selain itu katanya, kesemua sistem laluan automatik (autogate) termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga sudah diaktifkan.

“Daripada segi persediaan, saya boleh katakan Imigresen sudah bersedia terutama di dua pintu masuk utama iaitu KLIA dan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor ini

“Pegawai yang sebelum ini dihantar ke depoh sementara yang dibuka sepanjang pandemik Covid-19, juga akan menjalankan tugas asal mereka di pintu sempadan negara,” katanya di sini malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi.

Langkah itu katanya bagi membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak dapat pulang bersua muka terutama ketika Aidilfitri.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mesyuarat Kabinet sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu diumumkan oleh Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here