JAIS gantung guru KAFA yang enggan divaksin

0
24
gambar hiasan

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula menggantung tugas guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19 selama dua bulan.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Sementara itu, tindakan tersebut dibuat berpandukan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan supaya para pegawai masjid dan jurunikah untuk mengambil vaksin Covid-19.

“Ini isu lama berkenaan titah baginda yang mengarahkan guru-guru KAFA wajib ambil vaksin. JAIS juga ada keluarkan pekeliling, semua peluang kita beri.

“Tapi mereka tidak mahu ikut, maka mereka digantung tugas selama dua bulan. “Tempoh penggantungan tersebut merupakan peluang yang diberikan kepada guru-guru KAFA tersebut untuk melengkapkan pengambilan dos vaksin Covid-19.

“Terdapat segelintir pihak enggan mematuhi ketetapan yang ditetapkan di peringkat negeri Selangor dan hanya mengikuti arahan daripada kerajaan Persekutuan secara terus.“Jadi, ini tidak bagus sebab mungkin JAIS sudah terlalu berlembut tentang perkara ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here