Jakim menentang keras penyiaran program tidak bermoral

0
24

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menentang keras penyiaran program yang mempamerkan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam dan hukum syarak

Jakim dalam satu kenyataan hari ini telah menyatakan pendiriannya kepada pihak Kementerian Komunikasi Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Kenyataan itu dibuat berhubung kontroversi babak keterlaluan dalam drama ‘Perempuan Itu’ yang dikongsikan pelakon, Zul Ariffin pada Jumaat lalu sebelum dipadam semula.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff, semua pihak sama ada stesen penyiaran, penerbit, penulis skrip dan para pelakon agar lebih cakna dalam isu-isu seumpama itu kerana bertentangan dengan norma dan amalan murni masyarakat Malaysia.

“Jakim tidak akan berkompromi dengan isu-isu seumpama ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar ianya tidak berulang.

“Drama seumpama ini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa apatah lagi di bulan Ramadan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here