
CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 di dalam negara mula menunjukkan penurunan sejak dua hari berturut-turut dengan 26,865 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan jumlah itu menjadikan kes kumulatif kini 3,649,463.
Katanya, kes baharu dua hari lalu ialah 27,435 berbanding melebihi 33,000 dalam tempoh tiga hari sebelum itu.
Sementara itu katanya, laporan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam menunjukkan 30,726 kes sembuh direkodkan dengan kumulatif sehingga kini 3,311,854 kes pulih sepenuhnya.
“Daripada 26,645 kes baharu tersebut, 211 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Berdasarkan data, paling tinggi membabitkan pesakit dalam kategori dua dengan 16,508 kes atau 61.47 peratus, diikuti kategori satu iaitu sebanyak 10,160 kes atau 37.83 peratus dikesan.
“Bagi kategori tiga pula membabitkan 81 kes, kategori empat (57 kes) dan kategori lima (50 kes). Secara keseluruhannya, daripada bagi kategori tiga hingga lima membabitkan 103 kes iaitu 54.79 peratus adalah individu berusia 60 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.