Kadar garis kemiskinan disemak semula

0
22
MUSTAPA

CYBERJAYA – Kadar garis kemiskinan dalam negara sedang disemak semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, semakan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu dijangka dipinda dengan sewajarnya pada suku pertama tahun hadapan.

“Untuk makluman, kadar kemiskinan negara telah menurun dengan ketara berbanding lima dekad dahulu di mana kadar kemiskinan mutlak peringkat nasional turun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 5.6 peratus pada tahun 2019,” kata Mustapa di Dewan Rakyat, hari ini.

Buat masa ini, kata Mustapa, kadar garis kemiskinan di peringkat nasional bagi satu keluarga ialah RM2,208 manakala bagi miskin tegar sebanyak RM1,169.

“Kadar kemiskinan di bandar pula menurun daripada 21.3 peratus kepada 3.8 peratus selain kadar kemiskinan di luar bandar menurun daripada 58.7 peratus kepada 12.4 peratus,” jelasnya lagi.

Mustapa berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang menjelaskan mengenai keadaan kemiskinan dalam dan luar bandar selain isu jurang pendapatan dihadapi rakyat negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here