Kalah kerusi DUN Layang-Layang, Maszlee akan buat ‘live’ pukul 11.30 malam ini

0
71
Dr Maszlee Malik

JOHOR BAHRU – Calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Dr Maszlee Malik akan membuat siaran langsung berhubung kekalahannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malam ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi.

“Saya akan mengadakan live pada pukul 11.30 malam untuk mengeluarkan kenyataan tentang keputusan PRN Johor 2022, terutamanya tentang tandingan saya di DUN N27 Layang-Layang,” katanya.

Maszlee yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Pakatan Harapan tewas di DUN Layang Layang.

Beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Mutalib Rahim yang menang dengan majoriti 3,016 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here