Kapal terbang bawa 133 penumpang terhempas

0
114
Nahas tersebut difahamkan telah menyebabkan kebakaran di kawasan kejadian.

BEIJING – Sebuah pesawat penumpang dilaporkan terhempas di di wilayah Guangxi, hari ini.

Stesen tempatan CCTV melaporkan, pesawat itu yang sedang dalam perjalanan dari Guangzhou ke Kunming membawa 133 penumpang dan anak kapal ketika kejadian.

Imej dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan objek dipercayai pesawat malang itu sedang jatuh menjunam.

“Sebuah pesawat 737 milik China Eastern dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan.

“Pesawat itu didapati terhempas berhampiran bandar Wuzhou di daerah Teng,” kata laporan itu.

Pasukan mencari difahamkan telah memasuki kawasan nahas namun belum ada sebarang laporan kemalangan jiwa diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here