Kekuatan iman kunci kejayaan

0
17
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim
Coach Fadzil

CYBERJAYA – Kelemahan umat Islam pada masa kini bukanlah disebabkan kekurangan aspek kebendaan, tetapi akibat kekurangan iman dalam meyakini bahawa Allah Maha Kuasa sepenuhnya.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, mengambil contoh perjuangan Nabi Muhammad S.A.W, penanaman kalimah tauhid ‘La ilah illa Allah’ merupakan kunci utama kepada kejayaan Baginda membina empayar Islam.

“Kita sentiasa ingat bahawa apa yang kita buat sekarang sudah mencukupi untuk menguatkan akidah.

“Tapi kita silap. Itu antara kesilapan yang biasa kita buat termasuk saya,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil pada sesi ‘live’ di laman Facebooknya, pagi tadi.

Coach Fadzil menjelaskan, pembuktian keimanan yang kuat bukan setakat menerusi penuturan tetapi juga pembuktian menerusi perbuatan.

“Kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Pemberi rezeki, bukannya makhluk.

“Bila kita tidak yakin, kita tidak dapat bentuk cinta yang sebenar,” kata Coach Fadzil.

Tambahnya, contoh kecintaan sebenar adalah apabila tujuan hidup kita adalah memenuhi keperluan saudara kita tanpa meminta imbuhan kerana hanya Allah akan membalasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here