Kelas bimbingan tauhid mantapkan kerohanian anggota Malakat Eco

0
11
Ustaz Angah Sunan ketika menyampaikan ceramahnya di ruang legar Malakat Mall, malam tadi.

CYBERJAYA – Anggota Kumpulan Malakat Eco kini berpeluang mengikuti kelas bimbingan tauhid yang diadakan secara mingguan.

Dianjurkan di ruang legar pusat beli belah Malakat Mall, kelas tersebut dianjurkan bagi memantapkan kefahaman terhadap Islam di samping menambah pengetahuan yang bermanfaat.

Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, penganjuran kelas pengajian yang masuk kali kedua malam tadi merupakan satu tanggungjawab yang diambil oleh pihaknya sebagai sebuah organisasi yang hidup berpandukan syariat.

“Umumnya, kita sentiasa beri alasan, tiada masa belajar agama kerana kurang masa. Kali ini, kita anjurkan sendiri yang mana kakitangan dapat solat maghrib, kemudiannya dengar pengajian agama, dan ditutup dengan solat isyak.

“Kita ambil masa seminggu sekali bagi memberi peluang kakitangan kita memantapkan pengetahuan di samping memperteguhkan asas keimanan mereka,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Beliau menambah, usaha berasaskan ilmu dengan guru pembimbing itu diharap dapat membantu kakitangan Kumpulan Malakat Eco dalam memperoleh nusra (bantuan) Allah.

“Kalau ilmu tauhid dia betul, maksudnya iman dia berpandukan asas yang betul, jadi dia akan terima Nusra Allah.

“Nusra Allah akan bantu semua orang, akan bantu keluarga dia, organisasi dia, negara dia dan ummah dia,” kata Coach Fadzil lagi.

Sesi pada malam ini diisi dengan ceramah berjudul ‘Jom Jadi Hamba’ yang disampaikan oleh Setiausaha Kerja Nahdatul Ulama Malaysia, Ustaz Angah Sunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here