Keluarga Adib terima pampasan RM1.5 juta

0
90
Arwah Muhammad Adib Mohd Kassim

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan telah membayar pampasan berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan kuil pada tahun 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah membayar pampasan tersebut pada 29 November tahun lalu walaupun siasatan terhadap kes itu masih berjalan.

“Kes kematian arwah Muhammad Adib sedang disiasat secara menyeluruh dan kerajaan memberi jaminan pembelaan akan dilakukan secara telus.

“Ini sebagai bukti kesungguhan UMNO dalam membela nasib rakyat di negara ini,” katanya ketika penggulungan perbahasan Perhimpunam Agung UMNO 2021 hari ini.

Anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya itu meninggal dunia selepas  21 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat kecederaan parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here