Kemelut Ukraine: Pasukan pertahanan Pulau Zmiinyi selamat, dalam tahanan Rusia

0
309
Kesmua anggota pasukan itu dipercayai sedang ditahan di Sevastopol, Crimea.

KIEV – Kesemua 13 Pengawal Sempadan Ukraine yang sebelum ini dilaporkan terbunuh ketika mempertahankan Pulau Zmiinyi di Laut Hitam, minggu lepas berada dalam tahanan Rusia.

Portal Daily Mail melaporkan, perkara tersebut disahkan oleh Tentera Laut Ukraine, semalam.

“Kesemua mereka selamat dan kini berada dalam tahanan tentera Rusia,” kata kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook.

Kenyataan tersebut memaklumkan, pasukan pertahanan itu terpaksa menyerah diri setelah kehabisan peluru ketika mempertahankan pulau tersebut.

Sejurus ditahan, kesemua mereka dibawa ke Pelabuhan Sevastopol di Crimea.

Minggu lepas, kerajaan Ukraine mengumumkan kesemua anggota pertahanan pulau tersebut terbunuh dalam serangan Rusia dan memngumumkan mereka sebagai ‘Wira Ukraine’.

Sementara itu, dalam satu perkembangan berlainan, jurucakap Pasukan Pertahanan wilayah Utara Ukraine mendakwa, tentera Belarusia telah melintasi sempadan bagi menyertai ketumbukan tentera Rusia.

Menurut Vitaliy Kyrylov, pergerakan tentera Belarusia itu memasuki Ukraine melalui bandar Chernihiv di timur laut negara itu.

Untuk rekod, Belarusia merupakan antara sekutu kuat Rusia di rantau berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here