
CYBERJAYA – Kementerian Kewangan menafikan menerima surat perletakan jawatan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz sebagai Menteri Kewangan seperti yang tular di media sosial.
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, beliau akan terus kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu Covid-19.
Terdahulu tular kenyataan media yang didakwa daripada Tengku Zafrul.
Sejak Perdana Menteri mengumu
mkan kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa media memainkan semula kenyataan Tengku Zafrul menerusi wawancara bersama media tempatan sebelum ini sebagai berkata, beliau rela meletak jawatan daripada berkompromi dengan sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap, termasuk pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara sekali.Â
