Keputusan penempatan guru One-Off diumum 18 Mac ini

0
35
Dr Mohd Radzi Jidin

CYBERJAYA – Keputusan penempatan 4,828 guru pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac ini.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, semakan penempatan itu boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my

“Penempatan bagi 4,828 lagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 bagi pengambilan khas secara one-off akan diumumkan pada 18 Mac 2022.

“Guru-guru ini akan mula melapor diri pada 4 April 2022,” katanya memetik kenyataan dikeluarkan oleh KPM hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengambilan khas secara one-off 18,702 guru bagi gred DG41 yang turut dibuka kepada graduan bukan bidang pendidikan untuk mengatasi masalah kekurangan guru yang berlanjutan sejak sekian lama di negara ini.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here