Kerajaan fokus untuk modenkan, galakkan pertanian pintar di masa hadapan – PM

0
11
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi oleh usahawan tani supaya tempoh sewaan atau pajakan dapat dipanjangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat itu bersetuju untuk memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan menggalak pertanian pintar.

“Kerajaan pada prinsipnya bersetuju supaya MAFI berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menangani masalah tempoh TOL yang dihadapi oleh usahawan-usahawan tani untuk pertanian agar dapat memanjangkan tempoh sewaan atau pajakan bagi mewajarkan pelaksanaan projek-projek pertanian berdaya maju.

“Mesyuarat bersetuju agar ketiga-tiga kertas yang dibentangkan iaitu Cadangan Modenisasi dan Pertanian Pintar Melalui Pemerkasaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pembangunan Bakat Usahawan Tani Negara 20222027 dan Transformasi Pertanian Malaysia dinilai secara bersekali sebagai satu inisiatif komprehensif mengukuhkan sektor pertanian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, mesyuarat juga menetapkan bahawa Sekretariat EAC; Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Kewangan (MOF) dan MAFI mengambil tindakan selanjutnya bagi melaksanakan cadangan kerjasama awam swasta yang dibentangkan oleh Aerodyne Group melalui kertas pembentangan Transformasi Pertanian Malaysia dan keperluan tanah berkeluasan 40 hektar bagi Projek Perintis.

“Melangkah kehadapan, kita berharap agar sektor tani dan industri pengeluaran makanan negara dapat bergerak maju dan memacu usaha pemulihan ekonomi demi kesejahteraan negara dan Keluarga Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here