Kerugian akibat banjir cecah RM6.1 bilion

0
4
Gambar hiasan. MT/Farid Janudin

CYBERJAYA – Bencana banjir yang melanda negara pada penghujung tahun lalu dan awal tahun ini menyebabkan kerugian sebanyak kira-kira RM6.1 bilion.

Timbalan Menteri Air dan Alam Sekitar, Datuk Dr Mansor Othman berkata, jumlah itu merangkumi 0.40 peratus daripada hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

“Jumlah kerugian akibat banjir yang berlaku di 11 negeri di Malaysia pada penghujung tahun 2021 dan awal tahun ini bernilai RM6.1 bilion.

“Kerugian merangkumi tempat kediaman, sektor pembuatan, premis perniagaan, kenderaan dan sektor pertanian,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ngar Kor Ming (DAP-Teluk Intan) yang mahu mengetahui jumlah kerugian sebenar yang dialami negara ekoran musibah banjir melanda negara baru-baru ini.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Negara mendedahkan negeri Selangor merekodkan jumlah kerugian terbesar iaitu RM1.0 bilion.

Diikuti Pahang RM425.5 juta dan Melaka RM69.7 juta dalam pembentangan Laporan Khas Impak Banjir Malaysia 2021 Januari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here