
KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat kepada 31,490 kes selepas penurunan kes selama dua hari berturut-turut sehingga kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes terbaharu itu menjadikan kes kumulatif di dalam negara kini berjumlah 3,680,953.
Katanya, daripada kes baharu itu sebanyak 31,017 merupakan kes tempatan dan 473 pula jangkitan import.
“Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan jangkitan baharu tertinggi iaitu 8,095.
“Ini diikuti dengan Kuala Lumpur (4,527); Kedah (3,015); Penang (2,425); Sarawak (1,903); Negeri Sembilan (1,883); Johor (1,721); Kelantan (1,647); Pahang (1,409); Perak (1,279); Terengganu (1,277) dan Sabah (1,216).
“Selain itu, Melaka (554); Putrajaya (201); Perlis (190) dan Labuan (148),” katanya dalam kenyataan dikongsikan hari ini.
Menurut Dr Noor Hisyam, sebanyak 373 kes Covid-19 berada di Unit Rawatan Rapi.
“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 223 kes (94 kes
disahkan Covid-19 129 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.
Selain itu, tambah Dr. Noor Hisham, sebanyak 11 kluster baharu yang dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan.
“Jumlah kluster yang telah tamat adalah 6,415 kluster dan
jumlah kluster aktif adalah 445 kluster,” katanya lagi.
Sementara itu Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 29,035 kes yang telah sembuh daripada jangkitan Covid-19.