
SEOUL – Ketua parti pemerintah Korea Selatan dimasukkan ke hospital selepas kepalanya dipukul individu yang tidak dikenali ketika turun berkempen untuk pilihan raya presiden yang akan diadakan minggu ini.
Laporan Reuters menyebut, Song Young-gil dipukul di kepala menggunakan alat menyerupai tukul oleh seorang lelaki berpakaian tradisional yang menyerangnya dari belakang.

Video kejadian turut dimuat naik ke Youtube oleh seorang ahli kempen dari parti Young-gil, Parti Demokrat.
Jurucakap parti memaklumkan, Young-gil berada dalam keadaan stabil, manakala lelaki yang menyerangnya berjaya ditahan dan telah diserahkan kepada pihak polis.
Media tempatan menyebut, lelaki yang disyaki menyerang Young-gil merupakan seorang aktivis politik berusia 70 tahun.
Sementara itu, persaingan hebat antara calon Parti Demokrat, Lee Jae-myung dengan Yoon Suk-yeol dari parti pembangkang utama, People Power Party, dapat dilihat menerusi bilangan pengundi iaitu seramai hampir 37 peratus dalam dua hari undian awal yang berakhir pada Sabtu.