Kim Pan Gon lulus ujian pertama

0
64
Aksi Malaysia bertemu Filipina sebentar tadi

SINGAPURA – Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon lulus ujian pertama selepas Malaysia berjaya menundukkan Filipina 2-0 dalam perlawanan persahabatan di sini sebentar tadi.

Kedua-dua gol Malaysia itu dijaringkan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid masing-masing pada minit ketiga dan 24′ perlawanan.

Pada separuh masa pertama, skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi cemerlang dengan sentiasa bergerak dan menyerang ke kubu gawang Filipina.

Kim Pan Gon

Bagaimanapun memasuki separuh masa kedua, prestasi Malaysia merudum dan hampir dihukum pihak lawan selepas beberapa pemain baharu dibawa masuk oleh Pan Gon.

Meskipun Pan Gon memasukkan pemain naturalisasi iaitu Liridon dan Sumareh, tempo permainan semakin perlahan dan menyebabkan jentera serangan Filipina menyerang ke kubu Malaysia bertalu-talu.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Filipina dan Malaysia berjaya memenangi perlawanan pertama di bawah jurulatih baharu berasal dari Korea Selatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here