Kit Siang umum persaraan

0
27
LIM KIT SIANG

CYBERJAYA – Ahli politik veteran, Lim Kit Siang mengumumkan persaraannya daripada politik.

Pengumuman itu dibuat ketika Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini.

Dalam pengumuman itu Kit Siang berkata, dia tidak akan bertanding dalam sebarang pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan dan juga tidak mempertahankan kerusi Parlimen Iskandar Puteri yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik.

“Saya menarik diri dari bertanding pemilihan CEC dan juga tidak akan tidak akan bertanding pilihanraya parlimen dan negeri pada masa depan,” kata Kit Siang, hari ini.

Kit Siang, yang kini menyandang jawatan Penasihat DAP, sudah 56 tahun berkecimpung dalam politik tanahair.

“Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun, dan selama ini, saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang daripada sebuah parti pembangkang kecil dengan mengambil bahagian pertama kali dalam Pilihan Raya Umum pada 1969.

“Sehingga (ia) menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan serta mengambil alih kerajaan di 7 negeri bersama rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU14,” kata Kit Siang lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here