‘Kita bantu, bukan kecam’

0
44

CYBERJAYA – Orang ramai tidak sepatutnya mengecam tindakan seorang guru yang melabel anak muridnya yang menangis ketika berada di kelas sebagai tidak sedia belajar.

Sebaliknya, kata Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, guru tersebut sepatutnya diberi bimbingan.

“(Oleh itu) Melalui Raudah College, kami ingin menawarkan Kelas Persediaan menangani Separation Anxiety atau ‘anak nangis’ secara percuma kepada mana-mana (pengendali) pra sekolah atau tadika,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, hari ini.

Jelas Coach Fadzil dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya, tidak semua guru faham situasi ‘separation anxiety’ yang berlaku apabila anak-anak berpisah dengan keluarga untuk sekolah.

“Diperingkat awal penubuhan Brainy Bunch (sendiri) ramai cikgu yang berpengalaman pun tidak mampu mengharungi cabaran anak-anak menangis.

“Menjadi guru pra sekolah bukan mudah walaupun nampak ‘ala budak kecik jer’,” jelas Coach Fadzil lagi.

Beliau kemudiannya memberitahu, tindakannya menawarkan kelas persediaan secara percuma adalah sebagai membudayakan pencarian ruang membantu apabila ada yang terkurang sebab itulah yg lebih baik.

“Tidak sempurna iman kita jika tidak menyintai saudara kita seperti menyintai diri kita sendiri,” kata Coach Fadzil lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here