KJ mahu PRU-15 ditangguhkan demi kesihatan awam

0
9
khairy jamaluddin
Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 demi kesihatan umum ekoran penularan Covid-19.

Justeru katanya, keputusan untuk mengadakan pilihan raya perlu ditangguhkan terlebih dahulu memandangkan negara sedang beralih ke Fasa Peraliihan kepada endemik.

“Sebagai menteri kesihatan, wajar kita tunggu dahulu sehingga keadaan kesihatan awam stabil.

“Kita akan masuk ke Fasa Peralihan Pandemik tapi lebih baik kita tangguh dahulu perkara-perkara yang boleh merumitkan pemulihan ini.

“Pilihan raya umum adalah antara perkara yang boleh kita tangguhkan dahulu sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil,” katanya selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.

Mengulas lanjut mengenai pembubaran Parlimen untuk PRU-15, Khairy memuji keputsan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang menyerahkan keputusan untuk membubarkan Parlimen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun akar umbi UMNO mahukan pilihan raya diadakan secepat mungkin tapi Presiden membuat keputusan menyerahkan kepada Perdana Menteri.

“Jadi kita berterima kasih kepada Presiden,” katanya.

Katanya, selain mengambil kira soal pemulihan negara, perjanjian dengan pembangkang untuk membawa reformasi institusi, Perdana Menteri juga akan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan dengan keishatan awam.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu juga berkata, keputusan tersebut juga perlu mengambil kira kuasa Yang Dipertuan Agong dan jemaah menteri.

Sehubungan itu, mekanisme yang selamat bagi membolehkan pengundian dilaksanakan tanpa memudaratkan kesihatan awam perlu difikirkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here