KKM sudah kompaun Kit Siang – KJ

0
28

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) sudahpun mengeluarkan kompaun ke atas Penasihat DAP, Lim Kit Siang, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu bakar.

Berikutan itu, katanya, Khairy Jamaluddin dalam ciapannya turut meminta supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan satu kompaun yang dikenakan terhadap beliau berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle.

“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” kata KJ.

Terdahulu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak dikenakan kompaun selepas melanggar SOP apabila gambarnya berpelukan dengan ahli-ahli parti dan pemimpin Pakatan Harapan dalam Kongres DAP yang berlangsung pada Ahad lepas.

Najib dalam ulasannya turut ‘memetik’ nama Khairy Jamaluddin yang telah menyamannya beberapa kali kerana melanggar SOP.

“Kenapa pula artis Anugerah Juara Lagu boleh disaman (kerana) berpeluk tapi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tak saman DAP?

“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya langgar SOP sehingga (menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin saman saya banyak kali.

“Lebih elok juga ahli-ahli parlimen DAP yang berpeluk dengan Kit Siang semalam kuarantin kendiri dan jangan datang parlimen. Silap-silap seluruh dewan dijangkit mereka.

“Apapun, saya juga doakan kesemua mereka selamat daripada dijangkiti,” katanya dalam satu paparan di akaun Facebook miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here