KL Thunder juara Champion Cup STL, tundukkan Johor Tigris dengan straight set

0
105
KL Thunder berjaya mempertahankan trofi Champion Cup STL selepas menundukkan Johor Tigris sebentar tadi

JOHOR BAHRU – Pasukan KL Thunder menepati ramalan sebagai pasukan pilihan apabila berjaya menewaskan Johor Tigris dalam aksi akhir Champion Cup STL di sini sebentar tadi.

Dalam aksi yang mendebarkan itu, KL Thunder menewaskan Johor Tigris dengan keputusan 21-91, 21-17.

KL Thunder yang membariskan Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (apit kanan) dan Amirul Zazwan (apit kiri) serta dua pemain simpanan iaitu Aizat dan Hanafiah berjaya mengekalkan kejuaraan musim lalu.

Kemenangan itu membolehkan KL Thunder membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM25,000 manakala Johor Tigris mendapat RM15,000.

Tempat ketiga pula diraih NS Antlers yang membawa pulang wang sebanyak RM7,000 manakala tempat keempat milik Melaka Titan dan mereka mendapat hadiah wang sebanyak RM5,000.

Sementara itu, pemain-pemain KL Thunder berjaya mendapat kemenangan berganda apabila Amirul dipilih sebagai pemain paling bernilai dan apit kanan terbaik sekali gus membawa pulang wang keseluruhan sebanyak RM2,500.

Amirul Zazwan dinobatkan sebagai pemain paling bernilai

Sementara itu, Syahir dan Azlan masing-masing dipilih sebagai tekong dan apit kiri terbaik.

Kedua mereka masing-masing membawa pulang wang sebanyak RM1,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here