Kotak hitam pesawat China Eastern MU5735 ditemukan

0
25
Pasukan pencari meneruskan usaha mencari sebuah lagi perakam data yang belum ditemukan.

BEIJING – Pasukan mencari hari ini berjaya menemukan salah sebuah kotak hitam pesawat China Eastern MU5735.

Laporan portal Fox News bagaimanapun menyebut, tidak dapat dipastikan sama ada perakam yang ditemukan itu perakam suara kokpit atau data penerbangan kerana keadaannya ‘rosak teruk’.

Pasukan pencari berjaya menemukan kotak hitam pesawat malang itu. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada objek itu merupakan perakam suara kokpit atau data penerbangan kerana keadaannya ‘rosak teruk’.

Menurut Pengarah Penyiasatan Insiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China, Mao Yanfeng, pihaknya sedang meneruskan operasi mencari sebuah lagi perakam yang masih beum ditemukan.

Operasi pencarian sebelum ini berhadapan kesukaran berikutan hujan lebat di kawasan nahas.

Sementara itu, pihak berkuasa masih belum mengisytiharkan nasib kesemua 123 penumpang dan anak kapal pesawat malang berkenaan.

Pasukan penyiasat berkata, masih terlalu awal untuk mendedahkan punca kejadian tersebut, Bagaimanapun, data penerbangan mendedahkan pesawat itu jatuh terjunam kira-kira satu jam selepas berlepas dan berhenti menghantar data kira-kira 96 saat selepas menjunam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here