KPM sediakan lokar di sekolah, atasi isu beg berat

0
1765
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan akan menyediakan lokar kepada setiap murid di sekolah sebagai langkah menyelesaikan isu beg berat.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pemberian itu akan melibatkan dua fasa.

“Untuk fasa satu penyediaan lokar adalah untuk murid Tahap 1 yang melibatkan murid di Tahun 1 Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

“Bagi penyediaan lokar untuk murid Tahap 1, ia melibatkan sebanyak 10,662 kelas dengan 323,186 murid,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Radzi berkata, jumlah anggaran peruntukan untuk program itu pada tahun ini adalah sebanyak RM37.3 juta bagi fasa satu.

Dalam pada itu, katanya, untuk fasa dua pula, penyediaan lokar adalah untuk murid Tahap 2.

Beliau berkata, ia melibatkan murid di Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah yang beoperasi secara dua sesi.

Katanya, pelaksanaan itu dijangka dibuat pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut, katanya, bagi murid di sekolah satu sesi, mereka dibenarkan menyimpan di dalam laci meja kelas masing-masing.

Sementara itu katanya, bagi menyelesaikan isu beg berat, KPM juga akan menyusun semula jadual waktu.

“KPM akan melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek ketersediaan guru dan sesi persekolahan.

“Sekolah juga akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here