KPWKM akan bawa isu polis enggan terima laporan keganasan rumah tangga kepada KDN

0
19
RINA HARUN

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membawa isu keengganan pihak polis menerima laporan mangsa keganasan rumah tangga kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada mangsa berkenaan.

“Isu dengan balai polis kita akan buat semakan dan libat urus dengan KDN supaya masalah ini dapat diatasi.

“Kita tahu isu-isu seperti ini, ada unit Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), itu di bawah KDN. Perkara ini inputnya akan kita masukkan dalam perbincangan seterusnya sebab perbincangan kita sentiasa berjalan,” katanya.

Rina berkata demikian kepada pihak media selepas melancarkan Buku Wanita Bangkit di Putrajaya, hari ini.

Kata Rina lagi, beliau menasihatkan supaya mangsa keganasan rumah tangga supaya segera ke hospital dan mendapatkan laporan perubatan.

“Laporan daripada hospital dapat diguna pakai supaya pihak polis tak boleh menidakkan laporan yang mereka buat,” katanya lagi.

Rina kemudiannya menambah, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula akan mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bagi mengasingkan suami dan isteri sekiranya didera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here