Kuala Lumpur dilanda banjir kilat lagi

0
100
Anggota polis membuat kawalan lalu lintas di lokasi terlibat banjir kilat

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang turun di sekitar ibu negara sejak pukul 4.30 petang tadi telah mengakibatkan air naik di beberapa lokasi dan menyebabkan banjir kilat.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, susulan itu pihaknya terpaksa melakukan kawalan lalul intas di beberapa lokasi seperti berikut:

  1. Jalan Barat dari arah pusat bandar menghala kebulatan kampung Pandan berhampiran Terowong SMART.
  2. Jalan Tun Razak berhampiran Menara JCORP;
  3. Bulatan Kampung Pandan menghala ke Bukit Bintang;
  4. Jalan Cochrane di hadapan Kompleks Membeli-belah My Town;
  5. Jalan Perkasa menghala bulatan Kampung Pandan berhampiran Stesen Minyak Shell;
  6. Jalan Cheras menghala Pudu hulu berhampiran Kompleks Membeli-belah Aeon Cheras.
  7. Sehubungan itu, pihak polis meminta pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut arahan oleh anggota polis trafik yang bertugas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here