KWSP umum kadar dividen 2021

0
29

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.1% bagi simpanan konvensional dan pada 5.65% bagi simpanan syariah untuk tahun kewangan 2021.

Prestasi itu mengatasi agihan tahun 2020 sebanyak 5.20% bagi simpanan konvensional dan 4.90% Syariah bagi tahun 2020.

Malah, agihan tersebut juga lebih baik berbanding pra-pandemik sebanyak 5.45% bagi simpanan konvensional dan 5% syariah pada tahun 2019.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan untuk tahun 2021, sebahagiannya adalah kerana mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.

“Pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48% ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka.

“KWSP berharap dividen ini dan prestasi berterusan KWSP akan membantu ia dalam memulakan proses membina semula simpanan persaraan ahlinya, ketika pemulihan ekonomi berlaku sepanjang tahun ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Agihan dividen kali ini melibatkan RM50.45 bilion bagi simpanan konvensional dan RM6.27 bilion bagi simpanan syariah menjadikan jumlah agihan terkumpul bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM56.72 bilion.

Angka itu meningkat berbanding 5.2% bagi simpanan konvensional dan 4.9% bagi simpanan syariah pada 2020, masing-masing melibatkan agihan RM42.88 bilion dan RM4.76 bilion ketika itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here