Langgar SOP, Sekumpulan Orang Gila dikompaun

0
238
Kumpulan SOG bersama Shila Hamzah

KUALA LUMPUR – Polis mengeluar kompaun terhadap kumpulan muzik, Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang melanggar standard operasi standard (SOP) dengan berpelukan ketika menerima hadiah dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here