Legenda Belanda, Clarence Seedorf umum peluk Islam

0
79
Clarence Seedorf

DUBAI – Legenda bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengumumkan telah memeluk agama Islam.

Bekas pemain tengah AC Milan, Real Madrid dan Ajax itu membuat pengumuman itu menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberikan ucapan tahniah bagi meraikan pengislaman saya dan keluarga.

“Saya sangat gembira untuk turut bersama-sama umat Islam di seluruh dunia terutamanya isteri saya Sophia Makramati yang mengajar secara mendalam mengenai Islam,” tulisnya.

Tangkap layar Instagram milik Seedorf

Dalam pada itu, Seedorf berkata, meskipun sudah memeluk Islam, beliau masih mengekalkan nama yang diberikan oleh ibu bapanya itu.

Seedorf, 45, merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah memenangi piala tersebut bersama tiga kelab berbeza.

Sepanjang kerjayanya, Seedorf telah mewakili sebanyak 87 kali pasukan negaranya dan bermain dalam tiga edisi perlawanan akhir UEFA (1996, 2000, 2004) selain pernah membantu Belanda ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1998 di Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here