Lelaki terima jantung babi meninggal dunia

0
35
David Bennet

MARYLAND – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang menggemparkan dunia selepas menerima jantung babi diubah suai secara genetik kerana menghidap penyakit jantung meninggal dunia semalam.

Memetik laporan Reuters, David Bennet, 57, yang menjalani pemindahan jantung tersebut kira-kira dua bulan lalu meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Maryland (UMMC).

Menurut pihak hosppital, kesihatannya mulai merosot sejak beberapa hari lalu dan tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa Bennet tidak akan pulih.

Bagaimanapun, Bennett sempat berhubung dengan keluarganya pada detik-detik terakhir sebelum kematiannya.

Prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.Pembedahan tersebut yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Universiti Perubatan Maryland adalah yang pertama kali dilakukan menggunakan kaedah pemindahan jantung babi kepada manusia.Ia sekali gus merekodkan kejayaan pertama dalam bidang tersebut yang memungkinan pembedahan pemindahan organ kaedah baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here