Lembaran Juzuk Cinta dinobat Lagu Nasyid Terbaik Radio IKIM

0
56

CYBERJAYA – Lagu ‘Lembaran Juzuk Cinta’ dendangan Halim Ahmad dan Furqan Fawwaz dipilih sebagai Juara Anugerah Lagu Nasyid Terbaik pada Majlis Apresiasi Carta Nasyid Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), semalam.

Selain itu, lagu tersebut turut menerima Anugerah Lirik Terbaik.

Majlis tersebut dianjurkan bersempena Sambutan Ulangtahun IKIM ke-30 di Kuala Lumpur, semalam bagi menghargai sumbangan penggiat industri nasyid sama ada daripada kalangan penulis lirik, penyanyi dan komposer.

Anugerah pada tahun ini diadili oleh barisan tiga juri profesional menyaksikan sepuluh kategori dipertandingkan.

“Majlis ini penting bagi menterjemahkan semangat dan komitmen IKIM dalam mengiktiraf dan seterusnya memartabatkan lagu-lagu nasyid yang saban hari bersiaran di radio IKIM.

“Bahkan, majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni lagu nasyid yang terdiri daripada komposer, penulis lirik, penyanyi dan semua pendengar radio yang secara langsung dan tidak langsung menyokong lagu-lagu nasyid melalui rancangan Carta Nasyid IKIM,” kata Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Mohd Adil.

Senarai anugerah dan penerima:
1) Juara Anugerah Lagu Nasyid Terbaik
Lagu: Lembaran Juzuk Cinta
Halim Ahmad & Furqan Fawwaz

2) Naib Juara Anugerah Lagu Nasyid Terbaik
Lagu: Marhaban Ya Rasulullah
Rabbani & Daqmie

3) Tempat Ketiga Anugerah Lagu Nasyid Terbaik
Lagu : Carilah Aku Di Neraka
Fadzlie Fareast ft. Maliq Suhaimi

4) Anugerah Lirik Terbaik
Lagu: Lembaran Juzuk Cinta
Halim Ahmad & Furqan Fawwaz

5) Anugerah Artis Baharu Terbaik
Darwish

6) Anugerah Video Muzik Terbaik
Lagu: Rahsia Dari Langit
Afad & Simfoni

7) Anugerah Pencapaian Terbaik Carta Nasyid IKIM
Lagu: Safiyyah
Darwish feat. Far East

8) Anugerah Lagu Pilihan
Lagu: Ratuku
Khai Bahar

9) Anugerah Artis Solo Pilihan
Khai Bahar

10) Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan
Darwish feat. Far East

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here