Majlis angkat sumpah Exco Negeri Johor pada Sabtu ini

0
55
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memperkenan majlis angkat sumpah barisan Exco Negeri Johor kepada Onn Hafiz Ghazi. Majlis akan diadakan di Istana Bukit Serene, Sabtu ini. Foto Facebook/Onn Hafiz

KUALA LUMPUR – Majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor dijangka diadakan pada Sabtu ini selepas senarai Exco mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, senarai barisan Exco terlibat sudah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim pada pagi Khamis.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli EXCO akan diadakan pada hari Sabtu, 26 hb Mac, 2022, di balai mengadap, Istana Bukit Serene.

“Menjunjung kasih Tuanku,” katanya di laman Facebooknya pagi Khamis.

Onn Hafiz yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 15 Mac lalu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (Johor) tiga hari sebelumnya.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here