Malakat Mall bergema dengan alunan selawat sempena program Grand Maulid

0
61
Program Grand Maulid Malakat Mall

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall di sini bergema dengan bacaan selawat, doa dan zikir munajat sempena program Grand Maulid malam tadi.

Majlis tersebut yang bermula pada pukul 5.15 petang dimulakan dengan ceramah khas bertajuk Mahabbah Rasulullah Membina Keluarga Bahagia oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun.

Program tersebut kemudiannya diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan diikuti dengan solat mahgrib secara berjemaah di hadapan ruang legar pusat beli belah itu.

Majlis tersebut kemudian disambung dengan selawat ke atas Rasulullah yang dipimpin oleh Tuan Guru Sheikh Hafidz Selamat Al-Jenderami.

Coach Fadzil

Yang hadir sama, Habib Nael Tohir;  Presiden Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim; Yang Dipertua Muhibbin Melaka, Muhd Hadi Minhat; Yang Dipertua Pertubuhan Warisan Budaya Ummah Malaysia, Dr Yusri Mohamad dan Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Asyraff Malaysia, Datuk Syed Nasaruddin Al-Baiti.

Tuan Guru Sheikh Hafidz Selamat Al-Jenderami (tengah)

Dalam pada itu, lebih 300 ratus tetamu yang tiba sejak petang lagi memeriahkan majlis berkenaan.

Sementara itu, Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program itu diadakan sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan tidak lama lagi.

Beliau berkata, sempena kedatangan bulan Ramadan yang dijangkakan pada Ahad ini, pusat beli belah itu akan dihidupkan dengan solat fardu berjemaah, solat sunat tarawih, tahajud dan pelbagai program berbentuk keagamaan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dijemput untuk menghadiri program yang disediakan oleh pihak Malakat Mall dalam menghidupkan amalan sepanjang Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here