Marah dapat anak perempuan, lelaki tergamak bunuh bayi berusia 7 hari

0
106
Suspek pembunuhan, Shahzaib (berdiri, tengah) ditayangkan kepada media sejurus penangkapannya, semalam.

LAHORE – Kerana terlalu inginkan zuriat lelaki, seorang bapa tergamak membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia 7 hari.

Portal Dawn melaporkan, kejadian itu berlaku di daerah Mianwali, Ahad lepas.

Suspek, Shahzaib Khan dilaporkan berang kerana isterinya, Mashal Fatima melahirkan seorang anak perempuan, yang dinamakan Jannat.

Menurut adat yang diamalkan oleh sebahagian penduduk di Pakistan, kelahiran anak perempuan merupakan satu penghinaan.

“Suspek balik ke rumahnya pada pagi kejadian, dan merampas bayi itu dari isterinya.

“Bayi itu kemudiannya ditembak. Suspek kemudiannya terus melarikkan diri,” kata jurucakap polis, Ismail Kharak.

Bedah siasat ke atas bayi itu mendapati, dia maut selepas badannya ditembusi empat butir peluru.

Pemburuan Shahzaib bagaimanapun berakhir apabila dia berjaya ditahan oleh pihak berkuasa, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here