Marvel Avengers juga misleading – Harith Iskander pertahan lawak kaunter KLIA

0
91
Harith Iskander

CYBERJAYA – Pelawak terkenal, Harith Iskander mempertahankan lawaknya mengenai perbezaan servis lapangan terbang di Malaysia dan Singapura dengan menyifatkannya sebagai satu cerminan ke atas diri sendiri.

Secara menyindir, Harith berkata, sejak berkecimpung dalam bidang tersebut, dia sentiasa menggunakan dirinya sendiri sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan penonton.

“Marvel Avengers juga kurang tepat (misleading) sehingga kamu sedar ia hanya filem dan bukannya dokumentari. Ini respon yang saya terima daripada netizen daripada klip video Netflix “I Told You So” yang dimuat naik baru-baru ini.

“Persembahan stand up komedi boleh menjadi senjata yang sangat berkuasa dalam membincangkan mengenai isu sosial.

Tangkap layar Twitter Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang menyifatkan lawak Harith sebagai tidak tepat

“Netizen sentiasa bertanyakan sama ada jenaka saya betul, (tetapi) di akhirnya stand up komedi ialah melihat diri kita melalui cermin dan masyarakat tertawa. Dan kita jangan pernah hilang keupayaan untuk ketawa, terutamanya pada diri sendiri,” katanya.

Semalam sindirian Harith mengenai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapat perhatian Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Beliau menegaskan bahawa lawak Harith adalah kurang tepat.

Ini selepas Harith mendakwa bahawa servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh.

Harith berkata, jika 20 kaunter ada di lapangan terbang Singapura, maka semua kaunter akan dibuka dan berbeza dengan lapangan terbang di Malaysia yang mempunyai banyak kaunter, tapi yang dibuka hanya dua kaunter sahaja.

Dalam pada itu, Harith berkata, sejak terlibat dalam bidang itu selama 30 tahun, dia sangat bangga dapat mempersembahkan persembahan komedi kepada penonton di Malaysia dan antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here