Menteri Agama kecewa aplikasi ajak LGBT ke pangkal jalan dipadam daripada Google Play

0
59
Laporan berita yang memaparkan laporan aplikasi untuk mengajak golongan LGBT dikeluarkan daripada Google Play

CYBERJAYA – Datuk Idris Ahmad kecewa selepas aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengajak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan telah dikeluarkan daripada carian Google Play.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, perkara itu sangat menyedihkan kerana aplikasi yang dikenali sebagai Hijrah Diri itu dibangunkan untuk tujuan yang kebaikan.

“Ternyata ini adalah perkara yang sangat menduka citakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri mereka, apatah lagi menjelang bulan yang mulia Ramadan, telah dinafikan oleh golongan tertentu.

“Sedangkan banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan pihak Jakim untuk berhubung dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut.

Pada masa sama, beliau turut memohon doa daripada semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha badan agama di negara itu dipermudahkan.

“Ini cabaran besar kita, dan mari kita tempuh bersama. Kepada Allah kita berserah setelah segala keringat kita baktikan untuk agama,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here