Murid sekolah rendah perlu hadir secara bersemuka kecuali murid Tahun 3 hingga 5

0
38
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semua murid Tahun 1, 2 dan 6 di sekolah rendah yang mempunyai enrolmen lebih 600 murid perlu perlu hadir secara bersemuka bagi sesi persekolahan penggal baharu yang akan
bermula 21 Mac ini.

Menurut KPM dalam satu kenyataan, selain itu murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), prasekolah dan murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.

Bagaimanapun, katanya, bagi murid Tahun 3 hingga 5 sekolah rendah yang mempunyai enrolmen lebih 600 murid pula perlu hadir secara penggiliran.

“KPM juga telah menetapkan bahawa semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang mempunyai enrolmen keseluruhan kurang daripada 600 murid hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.

“Namun, bagi sekolah rendah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang enrolmen keseluruhan melebihi 600 murid, permohonan boleh dikemukakan kepada KPM untuk beroperasi sepenuhnya tanpa penggiliran.

“KPM akan membuat pertimbangan sebelum kelulusan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here