Nahas MU5735: Kotak hitam kedua ditemukan

0
23
Pasukan mencari terpaksa menggunakan jentera berat di kawasan nahas bagi mengumpulkan serpihan pesawat malang itu.

BEIJING – Setelah berjaya menemukan kotak hitam kedua pesawat China Eastern MU5735, pasukan penyiasat akan memfokuskan siasatan nahas terhadap punca tragedi berkenaan menerusi serpihan pesawat malang itu, rakaman video dan keterangan saksi.

Kotak hitam kedua, iaitu perakam data penerbangan, berjaya ditemukan semalam.

“Siasatan berskala besar yang hanya menggunakan data kotak hitam umumnya tidak mencukupi dalam usaha kita mencari punca sesuatu nahaas.

“Oleh sebab itu, kita meneruskan usaha mendapatkan seberapa banyak serpihan pesawat yang boleh pada waktu pihak makmal sedang menganalisa data dari kotak hitam yang ditemukan,” kata Pengarah Keselamatan Penerbangan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China, Zhu Tao hari ini.

Nahas yang berlaku pada Isnin minggu lepas itu melibatkan pesawat Boeing 737-800 yang membawa 132 penumpang dan anak kapal.

Seramai 15,000 anggota mencari dan menyelamat terlibat dalam operasi setakat ini, meliputi kawasan seluas 370,000 meter persegi.

Menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Guangxi, Zheng Xi, sebanyak 36,000 serpihan pesawat telah berjaya dikumpulkan setakat ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menggunakan jentera berat bagi mengekskavasi kawasan nahas dalam mencari dan mendapatkan serpihan dan barangan peribadi penumpang pesawat malang itu yang terbenam di dalam tanah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here