Najib teruskan saman fitnah terhadap Shamsul Iskandar

0
37
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan proses saman terhadap Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, setelah gagal menjawab surat tuntutan peguam atas dakwaan bekas Perdana Menteri itu mencuri RM2.6 bilion dana 1MDB untuk menampung gaya hidup mewahnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sehubungan itu beliau telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Hang Tuah itu di mahkamah.

“Ini yang tidak akan diakui oleh mana-mana pemimpin dari geng sebelah sana walaupun ianya merupakan bukti mahkamah sebab mereka mahu teruskan propaganda menipu bahawa Najib kononnya curi RM2.6b untuk beli cincin dan beg tangan.

Hantaran di Facebook Shamsul Iskandar yang didakwa memfitnah Najib

“Mereka tidak akan mengaku bahawa saya telah dakwa bawah AMLA dan bukan mencuri mahupun merompak (sebagaimana pemimpin mereka dalam kes terowong) dan dana tersebut telah dipulangkan kepada penghantar,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut mempertahankan dirinya dengan mendakwa didakwa di mahkamah dengan sembilan pertuduhan menerima dana yang dikatakan RM2.6 bilion dan tujuh pertuduhan memulangkan dana tersebut kepada penghantar empat bulan selepas ianya dimasukkan ke dalam akaun atas namanya.

“Bahawa Kementerian Kewangan Arab Saudi pernah memindah sekurang-kurangnya RM642 juta kepada akaun atas nama saya yang kemudiannya digunakan untuk kerja CSR (tanggungjawab sosial) termasuk bantuan banjir bagi empat tahun berturut dan bukan untuk kegunaan peribadi.

“Jadi, bagaimana pula saya rompak RM2.6 bilion untuk simpan dan “tampung gaya hidup” saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here