Nasib pesawat kargo terbesar dunia akhirnya diketahui

0
146
Pesawat An-225 merupakan pesawat kargo terbesar dunia yang pernah terbang membelah angkasa.

CYBERJAYA – Misteri yang menyelubungi nasib pesawat kargo terbesar dunia, Antonov An-225 Mriya yang disimpan di Ukraine, akhirnya terlerai apabila ia disahkan musnah di ruang simpanannya di Lapangan Terbang Hostomel.

Visual kemusnahan pesawat itu berjaya dirakamkan oleh krew berita Rusia yang memasuki lapangan terbang tersebut, hari ini.

Keseluruhan badan pesawat itu dilihat hampir musnah, dengan bahagian muncung, sayap dan sebahagian enjinnya rosak teruk.

Bahagian ekornya kelihatan tidak mengalami kerosakan, namun tidak diketahui keadaan sebenarnya.

Lapangan Terbang Hostomel merupakan ibu pejabat pengeluar kapal terbang Antonov, dan lokasi itu menjadi perebutan antara tentera Rusia dengan tentera Ukraine sejak seminggu lalu.

Imej satelit yang dirakam pada 28 Februari lalu menunjukkan ekor pesawat berkenaan (bulatan merah) masih utuh.

Pesawat kargo terbesar dunia itu pernah beberapa kali mendarat di Malaysia, dengan kali terakhir singgah di sini pada April 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here