Negara isytihar Ukraine sebagai zon larangan terbang akan dianggap campur tangan dalam konflik

0
144
Keadaan salah sebuah bandar di Ukraine selepas terkena bedilan roket tentera Russia baru-baru ini.

MOSCOW – Rusia akan menganggap mana-mana negara yang cuba mengenakan zon larangan terbang ke atas Ukraine sebagai telah ‘turut serta’ dalam konflik di negara itu.

Laporan Reuters menyebut, perkara itu ditegaskan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, hari ini.

“Sebarang tindakan ke arah itu (zon larangan terbang) akan dianggap sebagai penyertaan negara itu ke dalam konflik bersenjata,” kata Putin.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam pertemuannya bersama kakitangan Aeroflot.

Tambahnya, pengisytiharan zon tersebut akan “mendatangkan akibat dan malapetaka yang besar, bukan sahaja kepada Eropah tetapi dunia”.

Putin pada masa yang sama menolak kemungkinan kerajaannya akan mengisytiharkan darurat di Rusia.

“Darurat hanya akan diisytiharkan apabila kita menghadapi serangan dari luar… Buat masa ini kita belum berhadapan dengan keadaan sedemikian, dan saya berharap kita tidak akan menghadapinya,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here