Negara langkah ke fasa peralihan endemik pada 1 April ini, tiada lagi penjarakan 1 meter ketika solat berjemaah

0
152
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bermula 1 April ini, negara akan beralih ke fasa peralihan endemik.

Perdana Menteri berkata, dengan pengumuman itu, solat secara berjemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial satu meter.

“Ini isu besar masa solat jemaah dan rapatkan saf. Imam boleh katakan rapatkan saf tiada lagi penjarakan satu meter.

“Walaubagaimanapun dalam perlembagaan persekutuan soal ini terletak di bawah kuasa negeri dan sultan maka walaupun saya sebut tiada penjarakan sosial tapi akhirnya ia terletak pada kerajaan negeri.

“Kalau majlis agama negeri kata ada penjarakan sosial itu di bawah had bidang mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here