Onn Hafiz sah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu

0
267
Datuk Onn Hafiz menerima Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Onn Hafiz, 44, yang merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar dilantik selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Pelantikan itu beliau mengulangi sejarah moyangnya itu yang memegang jawatan sama selepas dilantik pada 1 Jun 1947.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut berangkat dalam majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata sesuatu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Onn Hafiz yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here