Panglima Angkatan Tentera ucap terima kasih kepada Malakat Mall

0
65
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang

CYBERJAYA – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang merakamkan penghargaan kepada pusat beli belah Malakat Mall yang memberi peluang untuk usahawan veteran tentera mempromosikan produk mereka sempena Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Beliau berkata, tujuan ekspo itu diadakan adalah untuk mengukuhkan jaringan perniagaan antara veteran disamping memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada lebih 100 orang veteran yang menyertai ekso itu.

“Usaha yang diambil oleh Malakat Mall ini adalah atas dasar kebanyakkan golongan veteran tentera ini adalah dalam kalangan golongan B40 yang kedua kebanyakan mereka ini adalah dalam kalangan bumiputera yang kurang bernasib baik.

“Dengan out reach yang Malakat Mall ada mereka dapat membantu usahawan-usahawan veteran ini. Hal ini juga merupkan usaha untuk menjaga kebajikan mereka dan seterusnya menjadi batu loncatan untuk usahawan veteran ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Malakat Mall kerana mengambil hal ini sebagai tanggungjawab sosial koprat untuk mereka membantu usahawan veteran ini dan menjadi punca rezeki mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Ekspo Usahawan Veteran TLDM di sini.

Sementara itu, ekspo yang diadakan selama dua hari itu turut disertai oleh TEKUN dan TERAJU dalam membantu usahawa veteran meneroka pasaran yang lebih luas.

Selain itu agensi seperti Perkeso, CODE7 dan Lotus’s juga turut sama hadir dengan menawarkan peluang pekerjaan di lebih 60 cawangan mereka di seluruh negara.

Ekspo yang diadakan ini juga tidak terhad kepada veteran sahaja malah orang ramai juga turut digalakan untuk mengambil peluang melalui perkongsian dan panduan perniagaan bersama personaliti usahawan.

Antara pengisian ekspo ialah pameran kerjaya unit beruniform TLDM, pameran kerjaya, cara menyertai pasukan beruniform TLDM dan demonstrasi unit dalam TLDM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here