Pelajar sekolah menengah perlu jalani PdPR selama 2 minggu selepas sekolah dibuka – Radzi

0
62
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Pelajar sekolah menengah yang akan memasuki sesi persekolahan baharu 2022/2023 dikehendaki menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu hingga 4 April depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sesi akademik bagi Penggal 1 dijadualkan bermula 21 Mac ini di seluruh negara.

“Ini bermakna mulai 21 Mac hingga 4 April depan, pelajar sekolah menengah akan menjalani PdPR. Selepas tarikh itu, mereka akan menjalani pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran.

“Pelajar dinyatakan ini termasuklah murid berkeperluan khas (MBK), Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, prauniversiti, IBDP dan peperiksaan antarabangsa yang setara,” katanya dalam satu hantaran video menerusi laman Facebooknya hari ini.

Katanya, untuk sekolah asrama sepenuhnya, murid yang akan hadir tanpa penggiliran bermula 4 April ini ialah murid Tingkatan 1 hingga 6 dan prauniversiti.

Beliau berkata, murid Tingkatan 1 boleh menjalani PdPR di rumah atau menumpang di sekolah harian berdekatan kediaman hingga tarikh kemasukan diumumkan oleh KPM.

“Kita akan umumkan kemudian bila murid Tingakat 1 akan masuk ke asrama. Bagi sekolah swasta yang boleh menguruskan keseluruhan murid, sekolah boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi kolej vokasional sesi pengajian akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik.

Beliau berkata, ketetapan sama turut melibatkan murid di peringkat matrikulasi yang perlu hadir tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here