Pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei

0
26
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR  – Pelaksanaan kadar gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan akan bermula pada 1 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaannya akan bermula melibatkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Bagi pelaksanaan syarikat-syarikat mikro dan yang berpendapatan kecil, kaedah pelaksanaan kadar gaji itu akan dibincangkan dengan
Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Ini Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar mohon agar tangguhkan dulu (penguatkuasaan) kepada syarikat-syarikat kecil ini,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020.

Dalam sesi sama, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa cadangan Pindaan Akta Pencegahan 1 dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tidak akan lagi dibentangkan di Parlimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here